Berbagi Resep makanan Kesehatan dan Busana keren

‘RUMAHKU SYURGAKU’



Konsep dan falsafah bagi mencapai matlamat rancangan
‘RUMAHKU SYURGAKU’ ini adalah berasaskan kepada
syariat Islam yang merangkumi segenap aspek kehidupan.
Diantara aspek-aspek yang ditekankan dalam rancangan
ini ialah membina kebahagiaan, meningkatkan daya
intelek, mewujudkan suasana penghayatan Islam dan
kedamaian dalam keluarga, penjagaan kesihatan,
mewujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah,
mengamalkan perhubungan yang baik dan berkesan serta
membina sifat penyayang dan toleransi di kalangan
anggota keluarga.

Huraian Konsep Dan Falsafah ‘Rumahku Syurgaku’

1. Membina Kebahagiaan
 
Kebahagiaan adalah sesuatu yang abstrak yang lahir
dari hati seseorang. Tanda kebahagiaan antaranya dapat
dilihat apabila seseorang itu berasa senang, suka dan
gembira melalui raut wajah dan tingkah lakunya. Nilai
kebahagiaan itu tidak mungkin dapat diagihkan kepada
orang lain. Hadith Rasulullah s.a.w. sangat tepat
membayangkan betapa bahagia itu perlu dalam hidup
setiap insan. Diriwayatkan daripada An-Nu’man bin
Basyir, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: “Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia
ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah
seluruh badan, tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah
seluruh badan, Ingatlah ia adalah hati".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara cara untuk mencapai kebahagiaan ialah seperti
berikut:

(a) Niat Yang Baik

Salah satu cara mendapatkan kebahagiaan hidup ialah
dengan membetulkan niat dalam merancang sesuatu
tindakan. Dalam hubungan ini seseorang itu hendaklah
melatih hatinya supaya sentiasa berniat baik dan
inginkan sesuatu yang baik. Latihan sebegini dapat
menjadikan seseorang itu bersifat positif dan optimis
dalam melakukan sesuatu. Wajahnya akan kelihatan
sentiasa riang dan tenang.

(b) Perbuatan Yang Baik

Satu lagi proses mendapat kebahagiaan hati ialah
dengan melakukan perbuatan yang baik atau disebut
sebagai amal saleh. Amal ini mestilah disertakan
dengan niat yang baik. Dalam melakukan amal saleh,
umat Islam disuruh sentiasa melakukan kerja-kerja baik
dan meninggalkan kerja-kerja yang baik. Antara
amal-amal saleh ialah tolong menolong, amanah, sopan
santun, benci dan menjauhi maksiat, bercakap benar,
penyayang dan lain-lain.
 
 
2. Membina Intelek dan Meningkatkan Ilmu Pengetahuan

Hidup dalam erti kata seperti yang diperintahkan oleh
Allah S.W.T. di dalam al-Quran, ayat 77 surah
al-Qasas, ialah untuk tidak melupakan nasib di dunia.
Untuk tidak mengabaikan urusan memperjuangkan nasib di
dunia ini setiap umat Islam mestilah mempertingkatkan
ilmu pengetahuan dan daya intelek masing-masing.
Dengan ketinggian ilmu pengetahuan dan daya intelek
itulah mereka dapat menjangkau pelbagai keperluan,
melepasi segala halangan dan rintangan dan mencapai
ketinggian darjat selayak dengan cita-cita Islam
sebagai agama yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi
daripadanya. Ketinggian Islam tidak memberi erti kalau
kehidupan umatnya tanpa kualiti.

Ilmu pengetahuan mempunyai tiga kepentingan utama.
Pertama; Membentuk peribadi muslim supaya dapat
menjalani suruhan agama dengan sewajarnya. Kedua;
Membentuk sebuah umat yang kuat. Ketiga:
Mempertahankan kesucian dan ketinggian agama Islam.
Sekiranya umat Islam tidak mempunyai ilmu pengetahuan,
kesucian dan ketinggian agama Islam akan terjejas.

‘RUMAHKU SYURGAKU’ Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 komentar:

Posting Komentar

OH iya sahabat RC ( Rumah Ceria ) Terima kasih atas kunjungan nya yach ? Cari dan gali ilmu di sini...Kalo mau komen monggo...
DENGAN CATATAN :
a. gunakanlah komentar anda dengan bahasa yang sopan dan baik
b. masukan kritik dan saran untuk mengoreksi bloog kami
c. comentar yang bersifat pertanyaan akan kami jawab secepatnya